Wednesday, 19 September 2012

A HEART OF KUALA LUMPUR - KLCC

Tajuk macam nak promote Tourism Malaysia punya program je kan.. hahaha.. Even aku penah ada kawan yang keja tourism tapi memang belum penah lagi ditaja untuk mempromosikan Malaysia nih.. wat sendiri-sendiri je la.. Untuk kite-kite aje.. hehehe

Sebenarnya nak keluarkan post ni before cuti Hari Malaysia yang lepas, masa pasangan Will dan Kate ada kat KL kan.. Sambil-sambil korang dok usha Prince Charming tu (hehehe) boleh la usha sekali ape yang ada kat persekitarannya.. Tapi nak buat macamana.. ada masalah teknikal ba.. Terus delay nak post.

Ok, currently memang aku selalu sangat lepak kat KLCC. Bukan melepak sesuka-suki.. tapi aku memang shopping dan consume la katakan.. termasuklah shopping tingkap (window shopping). Memang harga barangan dan makanannyer buleh tahan agak tak tahan untuk didengar, tapi tak la jugak.. Kita boleh je jalan-jalan dan survey the best kat situ. Ada jugak barangan yang kadangkala jauh lebih murah la kat situ compare kedai jalanan/ biasa kat luar. Tak caya? Pergi la tengok sendiri..hehe..




Ok. Ape yang ada.. KLCC.. ada Suria KLCC Shopping Complex, KL Convension Center, Aquaria, Dewan Filharmonik Petronas, Petrosains. Itu antara yang main la orang selalu sebut. Tak lupa jugak Sky-Bridge yang menghubungkan bahagian tengah kedua-dua menara berkembar ini. Ianya terletak di tingkat 41 dan 42 menara. Untuk menara 1, tingkat 83 (kalau tak silap) adalah pejabat Mantan Perdana Menteri Malaysia yan ke-4, Tun Dr mahathir Mohamad. Beliau adalah salah seorang yang berjawatan penting dalam Petronas.

Dalam Suria KLCC, ada kedai-kedai la kan.. Ape yang menarik? Hmmm.. macam shopping complex lain jugak.. 95% branded la kan.. cap dewa ke.. cap ayam ke.. suma ada.. Pakaian.. Ed Hardy, Gap, Banana Republic, Guess, BCBG Maxazria, Karen Millen, Flow, Top Men, Giordano, Esprit, Mango, Armani Exchange; Kasut.. Vincci, Skechers, Primavera, Nose, Florsheim, Bata pon hade... hahahhaa; Handbag.. Salvatore Ferragamo, Aigner, Anna Hindmarch, Ninewest, Marc Jacob; Kids.. Babygap, Lovely Lace, Mothercare, Toys 'R Us, Stride Rite, Poney; Wayang- TGV, Bookstore- Kinokuniya; Mark & Spencer, Isetan, Parkson, Coldstorage, macam-macam la.

Bab makan, usah risau.. Jalan je selangkah, boleh nampak dah.. Kalau nak yang ringan-ringan (hehehhe) macam roti ke, kita ada yang paling berkuasa kat KLCC.. Rotiboy!! So as Auntie Anne's, Hot n Roll, Sense, O' Brians, 1901; Cupcake- Bisou, Baking Boys; Jajan- Candylicious, Garrets Popcorn, Gong-Cha, Big Apple Donut. Fastfood? KFC, Sushi King, Mc Donalds, Subway, Secret Recipe, Pizza Hut.. Minum kopi secawan? Kita ada Starbucks, Coffee Bean, SF Coffee; Aiskrim- Cream & Fudge, Haagen Dazs, Tutti Frutti, Gelato.. wahahahaa.. Syurga makanan tau!! Ok be specific. Kalau anda tak kisah makan tempat yang ada 'liqour', ada tempat yang sesuai seperti Chinoz, Apartment, Chilli's, Dome; tapi kalau teringin nak rasa yang 'lain' rasanya juga 'lain' bayarannya.. hahahahaa... 'lain' macam bunyinya.. kita ada Harrods.. Juga di tingkat 4, boleh cuba makan di bumbu Desa, Spies of India, juga ada Little Penang dan Madam Kwan. Food Court ada 2. Tingkat 2- Signature, dan Tingkat 4- Rasa. Kalau kat Signature suggested untuk cuba makan Pizza Milano (Speggeti or Fettucini dia terbaik la..), atau Ayam Penyet, atau Sizzling Mee. Kalau Rasa, boleh cuba makan Nasi Kerabu atau Nasi Kandar kat mamak dia. Nyum-nyum!! Hahahaa..

Wahhhh!!! Pasal makanan je dah 2 paragraph!! Hahahaha...Ok kepada momma-miya yang rajin bawak anak dan jenis angkut family, jangan risau.. Ada jamban untuk si kecik dan ada jugak nursery room. 1 di tingkat bawah sekali milik Suria KLCC, satu lagi di tingkat 4 dalam Isetan. Siap ada air panas untuk buat susu baby. Tak payah la risau kalau ada yang merengek or nak menyusu. Untuk yang mempunyai aktiviti luar , nursery room juga ada disediakan di KL Convention Center. Cari la ye!

Dalam bangunan Suria KLCC juga ada 3 buah cawangan bank induk di Malaysia, iaitu CIMB, Maybank dan RHB yang beroperasi Isnin hingga Ahad, 10 pagi sampai 6 petang. Haaa... tu penting tu! Pejabat Pos Malaysia pun ada.. Juga dibuka sehingga ahad. Ape lagi faciliti yang anda perlukan? Kalau ada saya boleh tolong jawapkan. Oh ye, yang ada anak kecil yang dah pandai naik 'benda bergerak', boleg la 'menabung' di Kiddy Ride kelihatan bersepah di dalam shopping compleks ni. Bayaran dari RM1 sehingga RM3 berdasarkan jenis permainan tersebut, jika anda tiada coin untuk menghiburkan anak, anda boleh terus ke kaunter Concierge untuk membuat pertukaran. Jadi, tiada alasan ye mama-papa!! Hehehehee... Di kaunter Concierge juga anda boleh menyewa kerusi roda (wheel chair) dan stroller kanak-kanak untuk di bawah umur 2 tahun. Juga di tingkat 4 Isetan ada perkhidmatan I-Kids Club untuk anak anda 'bermain' dan anda boleh shopping dengan puas! Wehehehehe...



Next kita move to bahagian luar. Apa ada? Ye.. Tasik Simfoni KLCC. Sebenarnya dari dulu lagi nama tasik ni dah macamni. Tapi tiada unsur-unsur 'simfoni' ke atas beliau. Apapun, tahniah buat pihak pengurusan KLCC, setelah lebih 10 tahun, ambik jugak inisiatif untuk 'menyimfonikan' tasik tersebut.



Di kawasan sekitar taman KLCC terdapat juga kolam air terjun untuk kanak-kanak mandi. Tetapi hanya yang berumur 12 tahun dan kebawah sahaja yang layak berendam di situ ye.. juaga taman permainan kanak-kanak yang besar-besar dan sangat best!! Tapi mak ayah jangan buat-buat innocent ye naik main sama dengan anak. Kalau rasa mengidam nak berkejar-kejar atau nak kuruskan badan bersama keluarga, boleh je jogging sekitar taman tu.. Ada laluan untuk jogging ataupun yang hendak bersiar berjalan kaki or berbasikal pun boleh juga.



Kemudahan sekitar.. ada banyak hotel yang boleh anda buat tidur satu-dua malam kalau rasa nak shopping bergabak-gabak. Paling dekat ialah Mandarin Oriental, dan Traders Hotel. Dan ya, Traders Hotel dengan murah hatinya menyediakan shutter transport (entahlah nama dia tapi comel-comel je bentuknya) untuk pelanggan mereka yang nak berulang-alik shopping dari KLCC ke Traders Hotel.

Terbaru, jejantas yang menghubungkan KLCC dengan Bukit Bintang dan kawasan sekitar telah dibina. Kepada yang sedang merana putus cinta ke.. atau yang rasa nak terjun KB Mall tapi tak sanggup, sila la le KLCC dan anda ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan selain daripada memikirkan si-dia. Mana tau anda dapat putera raja ke.. Yelah, saat-saat putus cinta, jalan pun tak nampak depan, pastu terlanggar anak raja yang tengah nak keluar kereta Bentley yang anda tak nampak dah berhenti sebelah anda. Nah!! Hambik kau.. Tapi kena tengok jugak ye raja apa.. Kot Raja Gopal, its not my fault =p

Juga kepada shoppaholic yang memang pantang ada duit even RM100 pun dalam tangan pasti nak shopping, kan.. This is the right place ever.. for u to see (ok. 4U2C) hahahhaa..

No comments:

Post a Comment