Friday, 21 September 2012

MANI - PEDI

Halloww...

Untuk entri hari Jumaat yang penuh berkat ini, marilah kita bincang sikit tajuk berkenaan kebersihan dan kecantikan diri. Sebagai wanita, mesti kita sentiasa ingin tampil cantik, bergaya dan kelihatan segar sentiasa. Bukan hanya pada bahagian yang 'nampak' sahaja, seperti tubuh badan dan muka, kita juga perlu menitik beratkan perihal yang agak kecil tetapi besar efeknya seperti kuku kaki dan tangan.

Bayangkan first time keluar dating ngan boipren yang baru kenal masa chat, kan.. Of course la boipren belanja.. Dah 2 bulan dia simpan duit nak ajak kita date. First date mesti tempat yang klass-klass gitu.. Masa baru jumpa, tengok muka je. Time order, borak-borak.. yelah, dah terpesona dengan lirikan mata dan suara manja kita.. Pastu bila makanan dah sampai, nah! Kuku panjang sedepa, siap berdaki pulak tu.. Ish3.. Hilang selera.. Agak-agak ada 2nd date tak? Hmm.. sms pun tidak kot.. Huhuhuhu..

Ok membebel panjang pun tak guna. Ramai yang dah tertarik dengan aktiviti mani-pedi ni. It stand for manicure and pedicure, rawatan untuk kuku tangan dan kaki. Yup, memang tak pernah menitik berat 'sangat' soal tu. yang penting kuku kaki dan tangan harus sentiasa pendek dan bersih. Bab kekemasan dan ke'shining'an tu tak pernah rasa nak buat. Kalau dulu, kita tengok orang yang pakai ''quitex' je yang akan ada kuku cantik dan shining-shining gitu. Tapi sekarang tak payah dah, dah ada alat untuk kita buat sendiri pun.

This is the first time saya buat manicure sendiri ye kawan-kawan. Tapi saya sempat rujuk beberapa blog yang ada tunjuk cara guna 'benda alah' tu. Setelah 2 minggu buat (tak konsisten sebenarnya, kalau nak.. buat. Tapi bila tak jadi, simpan) akhirnya ni hasil yang saya dapat. Nak tengok?? Hehehe..




Amacam? Tengok satu je dah la.. tapi itu versi shining sahaja. Dan pendek ye. Tak reti nak simpan panjang nanti nak cuci lepas 'membuang' tak ke payah? =D

Ok ni pula alatan yang saya gunakan. Harga RM2.90 kedai di Suria KLCC, Chamelon. My faveret place kalau nak cari ape-ape aksesori wanita. Hehehehe..


Actually dia ada 2 side. Siap bagi nombor lagi, yang mana perlu buat dulu. 1st side untuk 'Emery'. Ada 'Shape' dan 'Smooth'.
2nd side untuk 'Shiner'. Ada 'Buff' dan 'Polish'. Nak tengok ape jadi dengan side 2 tu?


Orang kata, kalau dah gigih, tu makan dia.. Hahahaha.. Tapi tak kisah la kan.. Janji hasil ok. Baru je settle kuku tangan. Kaki tak sempat lagi. Bila dapat hasil macam ni jadi excited pulak. Kena teruskan usaha. Hahaha..

Cuma satu je pesan saya. Jangan mengalah dalam nak jadi cantik dan bersih ni. Dah mula tu, teruskan. Bukan setakat jaga kuku je, naikkan sekali ke kaki dan tangan ok. Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment